Agak lama aku tak update blog aku ni. Lately ni aku busy dengan kerja, family and business. Dipendekkan cerita, sebelum aku post comment yang aku tulis ni, aku telah terdelete comment yang aku baru nak post tadi. Cerita yang berkenaan dengan aku dan hidup sebenar. Mungkin ada hikmahnya post yang sangat panjang tadi terdelete. Aku tetap rasa redha dengan apa yang berlaku tadi. Allah itu maha Adil.
Jam tepat pukul 06:01am 14September2009, bermulanya cuti raya aku. Aku akan bercuti dari hari ni sampai hari ke 5 raya. Okay, cerita pasal raya, Ramadhan ni tak boleh diketepikan. Bulan yang lebih baik dari seribu bulan. Alhamdulillah, sepanjang Ramadhan rezeki aku dalam business berjalan lancar seperti yang aku expect. Disamping tu aku tidak lupa untuk beramal dan bersedekah di bulan yang mulia ini.
Mercun, baju raya, cat rumah, langsir baru dan shopping cukup sinonim dengan bulan Ramadhan yang sepatutnya bulan ini dipenuhi dengan terawih, tadarus, sedekah dan zikirullah. Apa2 pon, budaya ini telah menjadi satu tradisi bagi umat2 yang tidak sabar ingin menyambut kedatangan Syawal. Bukan nak cakap kedatangan Syawal tu tak bagus, tapi amal yang dilakukan pada Ramadhan mestilah setimpal. Insyaallah semua amal ibadah yang dilakukan pada bulan Ramadhan diterima Allah.
Syawal, bulan yang sepatutnya diraikan selepas menghadapi bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan. Cukup sinonim dengan lagu raya, baju raya, rumah cantik, langsir baru dan duit raya, Syawal disambut dengan meriah di Malaysia terutama di kampung2 yang menanti kepulangan anak2 yang berkerja di Kuala Lumpur. Pada masa ini, semua jalan di lebuhraya di Malaysia menghadapi situasi yang sama iaitu Kesesakan. hehe... Biasalah semua orang nak balik kampung.
Okay..dah pukul 06:21am.. aku nak bersiap-sedia untuk solat Subuh ni. Aku harap aku ada kelapangan lagi untuk selalu meng"update" blog aku ni sempena cuti panjang aku ni. Adios!!
No comments:
Post a Comment