Sunday, September 27, 2009

Saat Itu Sudah Berlalu

Weekend yang sangat pantas berlalu. Semalam 26Sept09, aku mengadakan majlis makan2 a.k.a "open house" kat rumah aku. Agak ramai kawan2 yang aku jemput datang dan yang paling aku terharu dapat berjumpa dengan Siti Rohaini dan Mariyah. Terharu sangat sebab aku dah ajak beberapa kali jugak Siti datang rumah aku dan semalam buat julung2 kalinya dia datang...heheh Mariyah pulak setelah sekian lama menyepikan diri (almost 3-4 years) datang untuk attend majlis aku.

Okay2, cerita pasal menu pulak Chef tekenal tanah air iaitu Chef Ruby (ibu aku..heheh) telah menyediakan menu favorite aku iaitu Laksa Penang dan Mee Jawa. Menu sampingan ketupat+sambal udang dan desert agar2 dan kuih seri muka. Dan aku dapat rasakan yang masakan ibu aku sedap sebab all guest yang datang makan tak tengok kiri kanan dan memuji2 kehebatan kuah mee jawa ibu aku. heheh. Banggo pak cik..thanks ibu..

Haa!!lupa lak nak cerita sape yang datang semalam..semua budak opis dan budak2 kelas. Mohd Syahrizal a.k.a Mat Pet telah meriuhkan suasana di majlis aku dengan membuat lawak2 spontan antarabangsa yang telah direkanya 2 hari sebelum majlis aku. Hahahaha...ibu aku ketawa je tengok mat pet buat lawak. Dengan ini aku ingin menyenaraikan tetamu yang hadir semalam di majlis open house aku. Fareha Liyana, Ainil, Syahda, Syahrom, Kak Yen, Naza, Syed, Datin Wani, Lan, Yen, Amyr, Mariyah, Siti Rohaini, Sue, Mat Pet, Fae, Wak, Mama, Ejat, Kani, Putri, Asha, Kamil, Najib, dan Faiz. Kepada yang takde dalam listing, sila add sendiri eh..kadang2 pakcik ni pelupo skit..

Thanks to all yang sudi datang memeriahkan majlis saya ini. Dengan ini saya ingin meng"attach"kan gambar2 yang di capture semalam..Salam...Adios!!









1 comment: