Sunday, September 27, 2009

Saat Itu Sudah Berlalu

Weekend yang sangat pantas berlalu. Semalam 26Sept09, aku mengadakan majlis makan2 a.k.a "open house" kat rumah aku. Agak ramai kawan2 yang aku jemput datang dan yang paling aku terharu dapat berjumpa dengan Siti Rohaini dan Mariyah. Terharu sangat sebab aku dah ajak beberapa kali jugak Siti datang rumah aku dan semalam buat julung2 kalinya dia datang...heheh Mariyah pulak setelah sekian lama menyepikan diri (almost 3-4 years) datang untuk attend majlis aku.

Okay2, cerita pasal menu pulak Chef tekenal tanah air iaitu Chef Ruby (ibu aku..heheh) telah menyediakan menu favorite aku iaitu Laksa Penang dan Mee Jawa. Menu sampingan ketupat+sambal udang dan desert agar2 dan kuih seri muka. Dan aku dapat rasakan yang masakan ibu aku sedap sebab all guest yang datang makan tak tengok kiri kanan dan memuji2 kehebatan kuah mee jawa ibu aku. heheh. Banggo pak cik..thanks ibu..

Haa!!lupa lak nak cerita sape yang datang semalam..semua budak opis dan budak2 kelas. Mohd Syahrizal a.k.a Mat Pet telah meriuhkan suasana di majlis aku dengan membuat lawak2 spontan antarabangsa yang telah direkanya 2 hari sebelum majlis aku. Hahahaha...ibu aku ketawa je tengok mat pet buat lawak. Dengan ini aku ingin menyenaraikan tetamu yang hadir semalam di majlis open house aku. Fareha Liyana, Ainil, Syahda, Syahrom, Kak Yen, Naza, Syed, Datin Wani, Lan, Yen, Amyr, Mariyah, Siti Rohaini, Sue, Mat Pet, Fae, Wak, Mama, Ejat, Kani, Putri, Asha, Kamil, Najib, dan Faiz. Kepada yang takde dalam listing, sila add sendiri eh..kadang2 pakcik ni pelupo skit..

Thanks to all yang sudi datang memeriahkan majlis saya ini. Dengan ini saya ingin meng"attach"kan gambar2 yang di capture semalam..Salam...Adios!!









Tuesday, September 22, 2009

Mereka tetap dihatiku...


Tanggal 20hb September 2009, Hari Raya Aidilfitri diraikan oleh semua umat Islam di Malaysia. Seperti tahun-tahun sebelumnya, aku beraya di KL bersama-sama family tersayang. Yang membuatkan Aidilfitri tahun ini bertambah best ialah dengan kedatangan 2 budak comel iaitu anak buah aku. Sebab sebelum ni dua-dua anak buah aku beraya di kampung. So tahun ni, aku beraya dengan family yg completed. Eh, lupa lak nak introduce my both nephew. My first nephew from my Along called Mohd Faiz Naufal (pink baju melayu) and another one from Angah called Mohd Khair Amsyar (peach baju melayu).



Untuk Aidilfitri tahun ni, aku sambut dengan agak meriah dari tahun2 sebelumnya. Maklumlah tahun2 sebelumnya aku banyak menghadapi krisis kewangan. So Alhamdulillah tahun ni aku dapat memenuhi tanggungjawab aku terhadap parents and adik2. Tema untuk Aidilfitri tahun ni ialah brown colour. So satu rumah di hiasi dengan brown colour, termasuklah baju raya.hehe..

Aidilfitri yang sangat bermakna bagi aku kerana terdetik dihati aku menyatakan bahawa aku masih lagi dapat menyambut Aidilfitri bersama keluarga. Ini aku dapat bayangkan yang baru kejap awal pagi tadi(raya ke-3) aku mendapat tahu bahawa one of my friend Lynn kehilangan bapa tersayang. Al-Fatihah.

So aku harap semua anak2 menghargai dan bertanggungjawab keatas ibu dan ayah mereka. Tanpa mereka, kita takkan membesar dengan sempurna. Setakat ni saja untuk kali ini. Aku akan update lagi next time. Adios..!

Sunday, September 13, 2009


Agak lama aku tak update blog aku ni. Lately ni aku busy dengan kerja, family and business. Dipendekkan cerita, sebelum aku post comment yang aku tulis ni, aku telah terdelete comment yang aku baru nak post tadi. Cerita yang berkenaan dengan aku dan hidup sebenar. Mungkin ada hikmahnya post yang sangat panjang tadi terdelete. Aku tetap rasa redha dengan apa yang berlaku tadi. Allah itu maha Adil.

Jam tepat pukul 06:01am 14September2009, bermulanya cuti raya aku. Aku akan bercuti dari hari ni sampai hari ke 5 raya. Okay, cerita pasal raya, Ramadhan ni tak boleh diketepikan. Bulan yang lebih baik dari seribu bulan. Alhamdulillah, sepanjang Ramadhan rezeki aku dalam business berjalan lancar seperti yang aku expect. Disamping tu aku tidak lupa untuk beramal dan bersedekah di bulan yang mulia ini.

Mercun, baju raya, cat rumah, langsir baru dan shopping cukup sinonim dengan bulan Ramadhan yang sepatutnya bulan ini dipenuhi dengan terawih, tadarus, sedekah dan zikirullah. Apa2 pon, budaya ini telah menjadi satu tradisi bagi umat2 yang tidak sabar ingin menyambut kedatangan Syawal. Bukan nak cakap kedatangan Syawal tu tak bagus, tapi amal yang dilakukan pada Ramadhan mestilah setimpal. Insyaallah semua amal ibadah yang dilakukan pada bulan Ramadhan diterima Allah.

Syawal, bulan yang sepatutnya diraikan selepas menghadapi bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan. Cukup sinonim dengan lagu raya, baju raya, rumah cantik, langsir baru dan duit raya, Syawal disambut dengan meriah di Malaysia terutama di kampung2 yang menanti kepulangan anak2 yang berkerja di Kuala Lumpur. Pada masa ini, semua jalan di lebuhraya di Malaysia menghadapi situasi yang sama iaitu Kesesakan. hehe... Biasalah semua orang nak balik kampung.

Okay..dah pukul 06:21am.. aku nak bersiap-sedia untuk solat Subuh ni. Aku harap aku ada kelapangan lagi untuk selalu meng"update" blog aku ni sempena cuti panjang aku ni. Adios!!