Tuesday, October 20, 2009

500 days of Summer


Hye guys..setelah hampir sebulan tak update blog, aku dengan bangga(kombang hidung ni) akan mengupdate satu cerita yang baru je berlaku last Sunday. Tapi sebelum tu tidak ketinggalan untuk aku mengajak dan menjemput seluruh warga yang membaca blog aku ni untuk datang beramai2 ke majlis perasmian Uptown Sri Gombak pada 24Sept2009 (Sabtu) dari bermula pukul 2 petang. Dikhabarkan ramai gak artis2 popular nak datang, seperti Harun Salim Bachik, Raja Ema, Eman Manan, Joyah, Cik Mun Janda dan Mail kumpulan RimbaBara. Tapi sebenarnya pihak penganjur telah pon menjemput Zizan & Johan dan juga Adibah Noor untuk memeriahkan majlis ini. Harap siapa2 yang datang sana jangan lupa roger aku. Cikgu Malek(AJK) juga telah menyediakan kupon2 untuk korang redeem untuk mendapatkan special diskaun di kedai aku.

Setelah banyak merepek di perenggan atas ni, aku terasa ingin kembali ke pangkal jalan, iaitu menceritakan kejadian yang berlaku Ahad lepas(18Sept09). Bermula pagi tu, aku terasa macam excited sangat nak bangun pagi coz nak pegi tengok wayang a.k.a dating bersama2 Lynn (bukan nama sebenar). Bukan main excited lagi, aku dah paid online ticket tu coz movie "500 days of summer" hanya ditayangkan di cinema2 selected je. Pastu...dalam keadaan separa sedar(tidor), ringtone sony ericcson w595 aku berbunyi...TUTT..TUUUT..celik je mata aku tengok "Lynn calling"..ehem2..dengan kadar segera aku menekan butang hijau....."U....i rase i tak dapat la tengok movie ngan u today..i banyak assignment.,takut tak sempat..nanti kalo free nnt i belanja u pulak eh sayang...", dengan suara die yg sangat comel, aku terpaksa akur..dengan nada understanding aku pulak reply..."okay...no worries.,next time jer"...

So, aku dah melilau-lilau cari activity nak buat hari Ahad tu, aku harap aku dapat penuhkan activity aku hari tu sampai malam.
Destinasi : Faizah Along Open House.
Waktu : Pukul 3.
Partner : Najib and Cenoi. Eh lupe..ade gak Azuad ari tu..

First place to go, Najib house. Sampai rumah najib dengan muka selamba die jawab.."wey...ko nak pegi umah along eh??jap aku mandi jap.."WTF???pukul 3 petang kot....haha Next umah Cenoi and Azuad. masing2 dah mandi n pakai kemenyan cina. Dengan berbekalkan usus kosong di perut masing2, tanpa berlengah semua menjamu selera dengan mengambil 10 cucuk satay seorang..termasuklah Cik Siti Rohainee. Walaupon Cik Siti makan 10 cucuk satay dan semangkuk mee lah kalau tak salah, die tetap kelihatan chantek memakai dress hitam putih..Aku macam tak banyak la sangat nak makan hari tu coz banyak sangat gelak before makan. Ni sume salah Najib yang membuat lawak spastic fizikal pada dirinya. Sample tak perlu ditunjukkan.

Selesai bergambar sume, aku dan partner ingin meneruskan perjalanan ke destinasi berikutnya, Mid Valley City. Tak sampai pon 1 kilometer dari umah Along, Optimus Prime aku tersengguk2. Najib and Cenoi dalam kereta boleh gelak tak hengat coz ingat aku main2, dengan keberanian mereka gelak tak hengat tu, tiba2 aku tengok dorang tengah tolak kereta aku...haa!!padan muka korang...



Interlude~~~



Raidator : Checked!! Battery: Checked!! Fuel : Checked!!
Conclusion Najib : .."enjin ni panas kot ep, biar die sejuk dulu"...ok fine, past 1 hour.

Najib : Ep ko try start time aku, cenoi and azuad tolak nanti..
Ep : Kojo sonang jo tu....~~

Setelah menolak lebih dari 5 kali, enjin still tak boleh start. Reason???? coz aku tak switch on battery kereta...perghhh!!! punya aku kena sumpah seranah kat situ gak....hahahaha yela mane taknya..muka Najib dah cam AR Tompel aku tengok, Muka Cenoi dah cam myanmar stylo, tp Azuad tetap dengan pendirian seriousnya...
Turn to 8 oclock...masing2 dah penat tunggu forman datang betul kan kereta..tak lama pas tu, forman datang la tuk betul kan kereta..plug kereta rosak katanya..."dah tukar plug pon tak boleh start la kereta ni dik, ni mesti something related dengan distributor ni..."WTF??lame kot tunggu die datang...
Turn 9.30, last2 dengan kebijaksanaan aku serta kebodohan yang lain2...Cenoi berjaya membawa kereta kebal jepon nya untuk mengangkut semua balik...Optimus Prime aku tinggal kat situ satu hari...business aku pon terpaksa ditutup malam tu...Masing2 sampai rumah lebih kurang 10 malam...

"Agak2 sempat tak kalo kite nak pegi Mid Valley skang ni??"(jam menunjukkan pukul 10malam dan semua badan dah melekit2) Ayat2 terakhir dari cenoi sebelom dia berperang balik...

Moral of the Story : Jangan lupa solat
Setiap sesuatu yang cancelled/tak jadi ada hikmahnya...redha~





Sunday, September 27, 2009

Saat Itu Sudah Berlalu

Weekend yang sangat pantas berlalu. Semalam 26Sept09, aku mengadakan majlis makan2 a.k.a "open house" kat rumah aku. Agak ramai kawan2 yang aku jemput datang dan yang paling aku terharu dapat berjumpa dengan Siti Rohaini dan Mariyah. Terharu sangat sebab aku dah ajak beberapa kali jugak Siti datang rumah aku dan semalam buat julung2 kalinya dia datang...heheh Mariyah pulak setelah sekian lama menyepikan diri (almost 3-4 years) datang untuk attend majlis aku.

Okay2, cerita pasal menu pulak Chef tekenal tanah air iaitu Chef Ruby (ibu aku..heheh) telah menyediakan menu favorite aku iaitu Laksa Penang dan Mee Jawa. Menu sampingan ketupat+sambal udang dan desert agar2 dan kuih seri muka. Dan aku dapat rasakan yang masakan ibu aku sedap sebab all guest yang datang makan tak tengok kiri kanan dan memuji2 kehebatan kuah mee jawa ibu aku. heheh. Banggo pak cik..thanks ibu..

Haa!!lupa lak nak cerita sape yang datang semalam..semua budak opis dan budak2 kelas. Mohd Syahrizal a.k.a Mat Pet telah meriuhkan suasana di majlis aku dengan membuat lawak2 spontan antarabangsa yang telah direkanya 2 hari sebelum majlis aku. Hahahaha...ibu aku ketawa je tengok mat pet buat lawak. Dengan ini aku ingin menyenaraikan tetamu yang hadir semalam di majlis open house aku. Fareha Liyana, Ainil, Syahda, Syahrom, Kak Yen, Naza, Syed, Datin Wani, Lan, Yen, Amyr, Mariyah, Siti Rohaini, Sue, Mat Pet, Fae, Wak, Mama, Ejat, Kani, Putri, Asha, Kamil, Najib, dan Faiz. Kepada yang takde dalam listing, sila add sendiri eh..kadang2 pakcik ni pelupo skit..

Thanks to all yang sudi datang memeriahkan majlis saya ini. Dengan ini saya ingin meng"attach"kan gambar2 yang di capture semalam..Salam...Adios!!









Tuesday, September 22, 2009

Mereka tetap dihatiku...


Tanggal 20hb September 2009, Hari Raya Aidilfitri diraikan oleh semua umat Islam di Malaysia. Seperti tahun-tahun sebelumnya, aku beraya di KL bersama-sama family tersayang. Yang membuatkan Aidilfitri tahun ini bertambah best ialah dengan kedatangan 2 budak comel iaitu anak buah aku. Sebab sebelum ni dua-dua anak buah aku beraya di kampung. So tahun ni, aku beraya dengan family yg completed. Eh, lupa lak nak introduce my both nephew. My first nephew from my Along called Mohd Faiz Naufal (pink baju melayu) and another one from Angah called Mohd Khair Amsyar (peach baju melayu).



Untuk Aidilfitri tahun ni, aku sambut dengan agak meriah dari tahun2 sebelumnya. Maklumlah tahun2 sebelumnya aku banyak menghadapi krisis kewangan. So Alhamdulillah tahun ni aku dapat memenuhi tanggungjawab aku terhadap parents and adik2. Tema untuk Aidilfitri tahun ni ialah brown colour. So satu rumah di hiasi dengan brown colour, termasuklah baju raya.hehe..

Aidilfitri yang sangat bermakna bagi aku kerana terdetik dihati aku menyatakan bahawa aku masih lagi dapat menyambut Aidilfitri bersama keluarga. Ini aku dapat bayangkan yang baru kejap awal pagi tadi(raya ke-3) aku mendapat tahu bahawa one of my friend Lynn kehilangan bapa tersayang. Al-Fatihah.

So aku harap semua anak2 menghargai dan bertanggungjawab keatas ibu dan ayah mereka. Tanpa mereka, kita takkan membesar dengan sempurna. Setakat ni saja untuk kali ini. Aku akan update lagi next time. Adios..!

Sunday, September 13, 2009


Agak lama aku tak update blog aku ni. Lately ni aku busy dengan kerja, family and business. Dipendekkan cerita, sebelum aku post comment yang aku tulis ni, aku telah terdelete comment yang aku baru nak post tadi. Cerita yang berkenaan dengan aku dan hidup sebenar. Mungkin ada hikmahnya post yang sangat panjang tadi terdelete. Aku tetap rasa redha dengan apa yang berlaku tadi. Allah itu maha Adil.

Jam tepat pukul 06:01am 14September2009, bermulanya cuti raya aku. Aku akan bercuti dari hari ni sampai hari ke 5 raya. Okay, cerita pasal raya, Ramadhan ni tak boleh diketepikan. Bulan yang lebih baik dari seribu bulan. Alhamdulillah, sepanjang Ramadhan rezeki aku dalam business berjalan lancar seperti yang aku expect. Disamping tu aku tidak lupa untuk beramal dan bersedekah di bulan yang mulia ini.

Mercun, baju raya, cat rumah, langsir baru dan shopping cukup sinonim dengan bulan Ramadhan yang sepatutnya bulan ini dipenuhi dengan terawih, tadarus, sedekah dan zikirullah. Apa2 pon, budaya ini telah menjadi satu tradisi bagi umat2 yang tidak sabar ingin menyambut kedatangan Syawal. Bukan nak cakap kedatangan Syawal tu tak bagus, tapi amal yang dilakukan pada Ramadhan mestilah setimpal. Insyaallah semua amal ibadah yang dilakukan pada bulan Ramadhan diterima Allah.

Syawal, bulan yang sepatutnya diraikan selepas menghadapi bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan. Cukup sinonim dengan lagu raya, baju raya, rumah cantik, langsir baru dan duit raya, Syawal disambut dengan meriah di Malaysia terutama di kampung2 yang menanti kepulangan anak2 yang berkerja di Kuala Lumpur. Pada masa ini, semua jalan di lebuhraya di Malaysia menghadapi situasi yang sama iaitu Kesesakan. hehe... Biasalah semua orang nak balik kampung.

Okay..dah pukul 06:21am.. aku nak bersiap-sedia untuk solat Subuh ni. Aku harap aku ada kelapangan lagi untuk selalu meng"update" blog aku ni sempena cuti panjang aku ni. Adios!!


Monday, July 13, 2009

Pagi Ahad Yang Suci

Hari Ahad(semalam) bersamaan dengan 12 July 2009 aku dekejutkan lagi dengan dunia hair style aku. Pada suatu ahad yang sangat suci, aku bangun dari tidur and tengok muka aku kat cermin toilet. Giler la, rambut dah panjang giler..sekali tengok macam noh hujan dua kali tengok dah macam allycats pon ade. Sambil2 mandi tu aku terpikir pulak macam nak potong rambut. Macam biasa, aku memang selalu potong dekat Derrick & Team saloon kat Maju Junction tu. Selepas breakfast dan melilau-lilau mangganggu kehidupan seharian adik beradik aku, aku dengan bangganya start motor nak pegi potong rambut. Sambil2 tengah panaskan enjin motor..tiba2 plak terdengar satu suara yg sangat pernah aku dgr sejak aku dari dalam perut ibu aku...aku menoleh ke belakang...owh!!ayah aku (En Arip) menegur aku..(suspen)

En Arip : Ateh(nick name), nak pegi mana tu?

Ateh : Nak pegi potong rambut kat MJ la yah...rambut dah macam noh hujan ni...(ayah aku mengerutkan dahi coz die tak kenal pon noh hujan tu..hehe)

En Arip : Macam dah nak gelap ni teh..nak hujan kot..bawak kereta je laa....

Ateh : Laaa...yeke yah...nak hujan eh..?! ok la ok la.....


Setelah mendengar kata2 ayah aku..aku pon terus la amik keta and shoot ke MJ..perghhh....ahad yang jam like damd..jalan kuching yg sangat boleh menyebabkan penyakit kentut berdarah tahap kritikal...sepatutnya aku sampai 15 minit, aku dah terdrag lebih kurang setengah jam lebih..aku sampai lebih kurang pukul 3 petang...Sampai2 je aku dikejutkan dengan kehadiran sebuah lagi saloon disebelah saloon yang selalu aku gunting rambut tu, nama saloon baru tu Hair Groom,. ish cam ade competitor je...takpe la, bukan business aku..yang penting aku potong rambut aku... Aku pon lalu la depan kedai baru tu...sekali aku ternampak hair stylist aku yang sebelum ni keje kat kedai sebelah telah keje kat kedai baru tu..Menurut Sam(hairstylist aku) die dah ade cukup duit untuk bukak kedai baru bersama rakan2nya..ooowwhh..paham2...tp tu bukan cerita yg aku nak ceritakan sebenarnya..cerita tu bermula start dari ah moi chantek yg nak basuh rambut aku..

Ah Moi Chantek : Haloo...mau cuci sama potong saja ka?!

Mangsa : Yup..ah moi u baru keja sini ka..?

Ah Moi Chantek : Ya lor..baru saja..u tak mau kaler rambut ka.,cantik ma kalau u kaler...

Mangsa : Tak mau la moi..dulu sudah kaler satu kali.,tak cantik punya...

Ah Moi Chantek : U punya kulit kena sama itu dark brown maa...lagi pon u manyak hensem maa...(sambil pegang bahu aku dan dekatkan muka die betul2 dekat sebelah telinga aku)..

Mangsa : Ermm...ok la moi., tapi kalau tak chantek i carik u ahh...(aku pon terima lamaran ah moi itu dengan hati yg teruja)

Ah Moi Chantek : Mesti cantik punyaa maaa...


Start from cuci ah moi tu asik borak je dgn aku...sampai la aku duduk balik depan cermin and tanya diri aku balik..cantek ke kalau aku kaler ni...?! kang kalau lain macam skit, kena bahan tahap tupai kentut masam kang..!!? hmmm....tak pe la...aku sedapkan hati sendiri dengan bertanya pada ah moi tu...berapa lama mau buat ni moi..? die reply sekejap je maa...start from treatment,basuh, kaler,warm,touch up kaler balik,basuh balik, and dry...aku yg rabun2 ayam ni tak nampak la sgt kaler rambut aku kat dalam cermin tu...pastu die terus je potong...kat dalam hati aku bertanya,,ape la kaler rambut aku nih...nervous,nak terkucil sume ade..at last dapat jugak aku grab spec and tengok muka aku kat cermin....for the 1st time in my life.,aku rase rambut aku pertama kali di kaler kan dengan cantek, adil dan saksama..aku punya banggo time tu..siap die style kan ala2 korean lagi..perghhh puas hati tul...sehinggalah satu lagi cerita masuk...time tu aku nak buat payment kat kaunter..

Mangsa : Ah Moi berapa moi.....tadi u cakap ada promotion kan.?!

Ah Moi Chantek : Ermmm....RM215...

Mangsa : Owh...(mak ai..!!!aku tak expect pon sampai mahal camtu..dalam poket ade RM100 je ni..tp muka aku pada masa tu still cover macho) apsal mahal moi..?!kata ada promotion...???

Ah Moi Chantek : Yaa lor..usually we charge Rm280..now u got RM50 less meh..?!!ni suma kira treatment,wash,cut and colour lorr...

Mangsa : Ok Ok!! (aku pon terrus je keluar kn credit card aku..ciss!! terkena aku..sebaik ah moi ni chantek...hehhe)


Sampai je kat umah adik aku orang yg first perasan...die kate rambut aku cool..coz tak nampak sgt kontras dgn kulit...aku pon takde la terasa sgt duit aku keluar RM215...lagipon aku rase confidence nak keje and jumpa customer dengan rambut baru ni....Moral of the Story - benda yang aku nak tonjolkan sebenarnya ialah TERPENGARUH, CREDIT CARD and CONFIDENCE.


TERPENGARUH : AhMoi tu berjaya memikat pelanggan denagn gaya dan aset(kecantikan dan body yg mantop..hehe) so aku boleh applicate dekat keja aku..iaitu dengan mempengaruhi customer dengan ketampanan yg aku ade..huhuu~~

CREDIT CARD : Aku mmg dh berjanji kat diri aku yg aku akan guna kan credit card HSBC tu untuk emergency jer...walaupon insiden tadi boleh dikategorikan senagai emergency...aku tetap tak boleh terima reason yg aku guna untuk swipe credit card tu...(p/s:credit card sangat berhantu)

CONFIDENCE : mesti confident dengan ape keputusan yg kita buat...sebaik2nya pikir masak2 and tetap kan pendirian...kalo nak pegi potong rambut,pegi potong rambut je..jgn kaler la..ape la..itu la...ini laa...jadikan benda ni sebagai tauladan...ive learn from my mistake..


dah pukul 1 pagi pon...adioss...!!

Wednesday, July 8, 2009

Aku dan Gitar AkustiQ

Hi all..today i want to story about music. I like to play guitar and i know how to play guitar. I learn to play guitar since i am 9 years old. Guitar tu Along aku yang punya. Dia beli gune duit sekolah yang dia kumpul and tak silap aku time tu harga dia dalam RM60. But unfortunately, after learn how to play guitar around 3 -4 month, my first guitar was broke because of my ibu very angry when i play it everytime and everywhere in my house. Dah la my house time tu quite small. Along aku time tu punya la menangis tak hengat dunia.hahaha One more thing, aku selalu tinggal sembahyang maghrib because main guitar tu. And that is the main reason. hehehe Since that aku main guitar so so je because takde duit nak beli guitar baru. So aku rase skill and banyak chord yang aku belajar time aku kecik2 dulu banyak aku dah lupe. Ermmm..early of this year aku memang berniat nak beli guitar untuk aku develop balik skill aku. Dengan berbekalkan duit bonus hujung tahun lepas aku berjaya menempah sebiji guitar akustik yang berharga RM400 dan aku sangat bepuas hati dengannya.

The guitar that i bought is different from guitar "kapok" because oldtimer2 guitar called it "tong besar". The sounds was veeeerrry nice like whispering in my ears. Sekarang ni aku banyak main covers untuk Hujan, Arctic Monkey, Muse, and banyak jugak la lagu melayu mahupun inggeris. Tapi aku nak nasihatkan budak2 yang baru nak joint underground untuk main guitar ke, drum ke supaya stay away from drugs. Jangan pasal sorang dua yang buat hal underground band kena "band". For me, i still layan English song but Malaysia music must get some support from us. Biar band2 kat Malaysia ni dapat publish luar negara, at least Singapore anad Indonesia. Tak nak ke kita kalau orang2 kat Indonesia tu layan band2 kita cam orang Malaysia layan lagu2 cam Sheila on 7. Tepuk dada tanya selera. Thats all for today. Waiting for my next post. Adios..!!

Tuesday, July 7, 2009

First Time

Assalamualaikum....dah lame aku tak jenguk blog aku nih, maybe since aku create account. For the last two month aku sangat2 busy dengan macam2 benda. Cousin aku kahwin dekat Kedah, rumah aku renovate, personal matter dan macam2 lagi. Hmm...baru je 2 hari lepas cousin aku kahwin (hari tu kat Kedah buat sebelah perempuan)..so this is my first time aku jadi full time photographer. I had done my best to get nice shot. But seems like i have to learn a lot of things. Aku harap interest aku kat bidang photographer ni dapat la aku develop aku punya skill. So aku harap kalo ade job pasni aku tau apa yang sepatutnya aku buat, tangkap, alert, main shutter, appature and sewaktu dengannya.
Picture yg kat atas ni menunjukkan betapa susahnya nak kena adjust shutter and appature. Time ni memang tengah panas terik. Kalau nak di ikutkan picture ni memang nampak pucat kalau salah program shutter. Tapi alhamdullillah aku dapat jugak ambil shot yg chantek2...=D

Aku akan rasa sangat bagus kalau member2 yg nak kahwin nanti panggil aku untuk ambil fotoshoot diaorang untuk kahwin. Special price for them...!!hehehe Berbekalkan skill aku yg baru setahun jagung ni dan baby D aku, aku harap boleh pergi jauh dalam bidang ni. For the time being biar la first fotoshoot aku ni menjadi platform untuk aku bertapak dalam bidang ni walaupun aku sebenarnya nak joint bidang ni sekadar hobby jer...