Tuesday, October 20, 2009

500 days of Summer


Hye guys..setelah hampir sebulan tak update blog, aku dengan bangga(kombang hidung ni) akan mengupdate satu cerita yang baru je berlaku last Sunday. Tapi sebelum tu tidak ketinggalan untuk aku mengajak dan menjemput seluruh warga yang membaca blog aku ni untuk datang beramai2 ke majlis perasmian Uptown Sri Gombak pada 24Sept2009 (Sabtu) dari bermula pukul 2 petang. Dikhabarkan ramai gak artis2 popular nak datang, seperti Harun Salim Bachik, Raja Ema, Eman Manan, Joyah, Cik Mun Janda dan Mail kumpulan RimbaBara. Tapi sebenarnya pihak penganjur telah pon menjemput Zizan & Johan dan juga Adibah Noor untuk memeriahkan majlis ini. Harap siapa2 yang datang sana jangan lupa roger aku. Cikgu Malek(AJK) juga telah menyediakan kupon2 untuk korang redeem untuk mendapatkan special diskaun di kedai aku.

Setelah banyak merepek di perenggan atas ni, aku terasa ingin kembali ke pangkal jalan, iaitu menceritakan kejadian yang berlaku Ahad lepas(18Sept09). Bermula pagi tu, aku terasa macam excited sangat nak bangun pagi coz nak pegi tengok wayang a.k.a dating bersama2 Lynn (bukan nama sebenar). Bukan main excited lagi, aku dah paid online ticket tu coz movie "500 days of summer" hanya ditayangkan di cinema2 selected je. Pastu...dalam keadaan separa sedar(tidor), ringtone sony ericcson w595 aku berbunyi...TUTT..TUUUT..celik je mata aku tengok "Lynn calling"..ehem2..dengan kadar segera aku menekan butang hijau....."U....i rase i tak dapat la tengok movie ngan u today..i banyak assignment.,takut tak sempat..nanti kalo free nnt i belanja u pulak eh sayang...", dengan suara die yg sangat comel, aku terpaksa akur..dengan nada understanding aku pulak reply..."okay...no worries.,next time jer"...

So, aku dah melilau-lilau cari activity nak buat hari Ahad tu, aku harap aku dapat penuhkan activity aku hari tu sampai malam.
Destinasi : Faizah Along Open House.
Waktu : Pukul 3.
Partner : Najib and Cenoi. Eh lupe..ade gak Azuad ari tu..

First place to go, Najib house. Sampai rumah najib dengan muka selamba die jawab.."wey...ko nak pegi umah along eh??jap aku mandi jap.."WTF???pukul 3 petang kot....haha Next umah Cenoi and Azuad. masing2 dah mandi n pakai kemenyan cina. Dengan berbekalkan usus kosong di perut masing2, tanpa berlengah semua menjamu selera dengan mengambil 10 cucuk satay seorang..termasuklah Cik Siti Rohainee. Walaupon Cik Siti makan 10 cucuk satay dan semangkuk mee lah kalau tak salah, die tetap kelihatan chantek memakai dress hitam putih..Aku macam tak banyak la sangat nak makan hari tu coz banyak sangat gelak before makan. Ni sume salah Najib yang membuat lawak spastic fizikal pada dirinya. Sample tak perlu ditunjukkan.

Selesai bergambar sume, aku dan partner ingin meneruskan perjalanan ke destinasi berikutnya, Mid Valley City. Tak sampai pon 1 kilometer dari umah Along, Optimus Prime aku tersengguk2. Najib and Cenoi dalam kereta boleh gelak tak hengat coz ingat aku main2, dengan keberanian mereka gelak tak hengat tu, tiba2 aku tengok dorang tengah tolak kereta aku...haa!!padan muka korang...



Interlude~~~



Raidator : Checked!! Battery: Checked!! Fuel : Checked!!
Conclusion Najib : .."enjin ni panas kot ep, biar die sejuk dulu"...ok fine, past 1 hour.

Najib : Ep ko try start time aku, cenoi and azuad tolak nanti..
Ep : Kojo sonang jo tu....~~

Setelah menolak lebih dari 5 kali, enjin still tak boleh start. Reason???? coz aku tak switch on battery kereta...perghhh!!! punya aku kena sumpah seranah kat situ gak....hahahaha yela mane taknya..muka Najib dah cam AR Tompel aku tengok, Muka Cenoi dah cam myanmar stylo, tp Azuad tetap dengan pendirian seriousnya...
Turn to 8 oclock...masing2 dah penat tunggu forman datang betul kan kereta..tak lama pas tu, forman datang la tuk betul kan kereta..plug kereta rosak katanya..."dah tukar plug pon tak boleh start la kereta ni dik, ni mesti something related dengan distributor ni..."WTF??lame kot tunggu die datang...
Turn 9.30, last2 dengan kebijaksanaan aku serta kebodohan yang lain2...Cenoi berjaya membawa kereta kebal jepon nya untuk mengangkut semua balik...Optimus Prime aku tinggal kat situ satu hari...business aku pon terpaksa ditutup malam tu...Masing2 sampai rumah lebih kurang 10 malam...

"Agak2 sempat tak kalo kite nak pegi Mid Valley skang ni??"(jam menunjukkan pukul 10malam dan semua badan dah melekit2) Ayat2 terakhir dari cenoi sebelom dia berperang balik...

Moral of the Story : Jangan lupa solat
Setiap sesuatu yang cancelled/tak jadi ada hikmahnya...redha~